Sunday, May 18, 2014

Aku Ada Wali



Tajuk: AKU ADA WALI
Penulis: Ustazah Fatimah Syarha dan Dr Farhan Hadi
Publisher: Sebarkan Bahagia Resources
Harga: RM 29.90

SYUMAILA, seorang anak gadis yang berprinsip. Meskipun jauh beribu batu dari keluarga, Syumaila tetap ingat prioritinya. Ke medan ilmu di Bumi Korea Selatan untuk kenal Pencipta, bukan leka bermaksiat atas nama cinta.

Dia menunjukkan ketegasan diri apabila diuji cinta lelaki. Berurusan dalam batas keperluan sahaja. Tiada dating. Tiada ungkapan cinta sayang.

Fitrahnya, dia juga mempunyai impian untuk berkahwin. Dia tidak memilih cara menghampiri jalan-jalan zina sebelum menuju ke alam rumah tangga. Dia memilih strategi 3P. Pause! Prioriti! Pergi!

Akhirnya, dia menjadi isteri yang sangat memahami dan penyayang selepas nikah. Yang haram sekejap sahaja, yang halal lebih luas. Berkat memilih jalan yang terpelihara, rumah tangganya sangat bahagia meskipun ujian tidak surut datang menerpa

"Mujahadah itu sakit, melaluinya sangat perit kerana di hujungnya ada 'sakinah' yang berbukit-bukit"

No comments:

Post a Comment