Sunday, May 18, 2014

Kenali Rasul Kita Muhammad saw




Tajuk: KENALI RASUL KITA MUHAMMAD
Penulis: Penulis: Ustaz Ahmad Adnan Fadzil
Terbitan: Telaga Biru Sdn Bhd 
Harga: RM 89 (beserta CD kuliah Dr. Hj. Zahazan Mohamed.)

Buku KENALI RASUL KITA MUHAMMAD merupakan hasil terjemahan daripada Matan asy-Syamail al-Muhammadiyyah karangan Imam at-Tirmizi. Buku ini bukan hanya menghimpunkan hadis tentang akhlak dan budi pekerti Nabi Muhammad SAW, tetapi disertakan juga hadis tentang sifat-sifat fizikal, pakaian, makanan, minuman, ibadah, pergaulan dan sebagainya yang berkait dengan kehidupan Baginda secara menyeluruh.
Kelebihan buku ini:
• Gabungan terjemahan, ulasan dan kesimpulan berkenaan riwayat hidup kekasih Allah supaya pembaca memahami keperibadian dan cara hidup Baginda dengan tepat dan menyeluruh sebagaimana tujuan Imam at-Tirmizi menulis kitab asy-Syamail.
• Terjemahan lengkap berbahasa Melayu disertai ulasan yang dapat membantu pembaca memahami setiap hadis asy-Syamail dengan tepat dan baik.
• Mempunyai taujihat nabawiyyah yang boleh dijadikan teladan di setiap bab yang pastinya menjadi nilai tambah bagi buku ini.
• Disertakan foto, gambar rajah dan diagram yang memudahkan pemahaman pembaca.
• Kisah-kisah menarik daripada hadis-hadis yang dipaparkan dalam buku ini dapat mendidik jiwa dan memberi inspirasi kepada pengguna.


Ensiklopedia Solat




Tajuk: ENSIKLOPEDIA SOLAT
Penulis: Rohidzir Rais, Fuad Ismail dan Mohd Wahid Abd Hanif
Terbitan: Telaga Biru Sdn Bhd
Harga: RM 100

Kesitimewaan:

* mengandungi pelbagai keterangan daripada aspek, fiqah, falsafah, sejarah dan saintifik.
* mesra pembaca
* terdapat ilustrasi, foto, gambar rajah, peta minda dan jadual (mudah untuk difahami)
* semua hadis yang digunakan mempunyai matan, sanad dan no. hadis untuk memudahkan para pembaca membuat rujukan

Syamail Muhammadiyah


Tajuk: SYAMAIL MUHAMMADIYAH
Penulis: Imam at-Tarmizi
Terbitan: PTS
Harga: RM 35


Syamail Muhammadiyah - Imam Tirmizi


Sebuah buku terjemahan dari kitab asal karangan Imam Tirmizi dengan judul yang sama, Syamail Muhammadiyah.

Sebuah buku yang harus ada bagi setiap umat Nabi saw untuk mengetahui perihal-perihal berkaitan fizikal, perilaku, ibadah, kehidupan, hubungan sosial, dan akhlak insan mulia yang paling dicinta, Rasulullah Muhammad saw

Aku Ada Wali



Tajuk: AKU ADA WALI
Penulis: Ustazah Fatimah Syarha dan Dr Farhan Hadi
Publisher: Sebarkan Bahagia Resources
Harga: RM 29.90

SYUMAILA, seorang anak gadis yang berprinsip. Meskipun jauh beribu batu dari keluarga, Syumaila tetap ingat prioritinya. Ke medan ilmu di Bumi Korea Selatan untuk kenal Pencipta, bukan leka bermaksiat atas nama cinta.

Dia menunjukkan ketegasan diri apabila diuji cinta lelaki. Berurusan dalam batas keperluan sahaja. Tiada dating. Tiada ungkapan cinta sayang.

Fitrahnya, dia juga mempunyai impian untuk berkahwin. Dia tidak memilih cara menghampiri jalan-jalan zina sebelum menuju ke alam rumah tangga. Dia memilih strategi 3P. Pause! Prioriti! Pergi!

Akhirnya, dia menjadi isteri yang sangat memahami dan penyayang selepas nikah. Yang haram sekejap sahaja, yang halal lebih luas. Berkat memilih jalan yang terpelihara, rumah tangganya sangat bahagia meskipun ujian tidak surut datang menerpa

"Mujahadah itu sakit, melaluinya sangat perit kerana di hujungnya ada 'sakinah' yang berbukit-bukit"

Amalan 24 jam Wanita Haid

Tajuk: AMALAN 24 JAM WANITA HAID
Penulis: Fahrur Muis
Publisher: PTS
Harga: RM 6.50/RM 7.50


Haid adalah fitrah kejadian wanita dan ketentuan Allah ke atas setiap wanita. Ketika kaum wanita didatangi haid, mereka sering mengalami penurunan iman. Mereka dilarang mengerjakan solat, berpuasa dan membaca al-Quran, seakan-akan semua pintu ibadah tertutup rapat untuk mereka.

Oleh kerana persepsi yang mengelirukan ini, akhirnya aktiviti mereka hanya berkisar kepada perkara yang sia-sia dan tidak bermanfaat. Padahal, haid bukan masa 'bercuti daripada mengerjakan ibadah. Kewajipan ibadah secara umum tidak gugur disebabkan haid. Benarkah dalam masa 24 jam sehari, hanya sedikit ibadah yang tidak boleh dilakukan oleh wanita haid?

Menarik di dalam:

* haid pada pandangan islam
* haid dari sudut perubatan
* larangan wanita haid
* kenapa berlaku penurunan iman ketika haid?
* persediaan menghadapi haid
* amalan pilihan ketika haid